Thursday, June 11, 2009

AYAT KEFAHAMAN TINGKATAN TIGA

PELAJARAN 1 : MEMOHON KEAMPUNAN DAN RAHMAT ALLAH SWT

Ayat Kefahaman
Surah al-A'raaf ayat 23

قَالاَ رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنفُسَنَا وَإِن لَّمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ
Maksudnya :
Keduanya berkata: "Ya Tuhan kami, kami Telah menganiaya diri kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, niscaya Pastilah kami termasuk orang-orang yang merugi".

Latar belakang ayat :
Ayat lafaz penyesalan Nabi Adam dan Hawa memohon maaf atas perbuatan mereka kerana memakan buah khuldi larangan Allah swt selepas diperdaya oleh iblis hingga menyebabkan mereka dihukum keluar dari syurga dan turun ke dunia.

Maksud zalim terhadap diri sendiri :
Orang yang melakukan dosa, melanggar hukum syarak, melakukan perkara bukan pada tempatnya dan mendedahkan diri mereka kepada kemurkaan dan azab Allah swt.

Maksud keampunan Allah :
Penghapusan dosa oleh Allah swt kepada hamba yang berdosa dan memohon taubat kepadanya.

Langkah-langkah memohon keampunan Allah:
  1. Mengaku kesalahan
  2. Menyesal atas apa yang dilakukan
  3. Menempelak diri
  4. Tidak berputus asa
  5. Bertaubat
Cara mendapat rahmat Allah swt:
  1. Berlaku adil terhadap orang lain
  2. Ikhlas bertaubat dan berazam tidak akan mengulangi dosa yang telah dilakukan
  3. Melaksanakan ibadah dengan ikhlas dan sempurna
  4. Membelanjakan harta dijalan Allah semasa senang ataupun susah
  5. Berkasih sayang sesama anggota keluarga dan masyarakat
Jenis-jenis zalim :
  1. Zalim kepada Allah swt (syirik, kufur kepada Allah swt)
  2. Zalim terhadap diri sendiri (syirik an kufur)
  3. Zalim sesama manusia (membuli kawan, mencaci dan mencerca)
  4. Zalim terhadap alam sekitar (melakukan pencemaran)
Kesan berbuat zalim

1. Diri sendiri
  • Berdosa dan dimurkai Allah
  • Dibenci masyarakat
2. Masyarakat
  • Kejahatan berleluasa
  • Negara mundur
  • Rakyat tertindas
3. Alam sekitar
  • Bencana alam
  • Mengancam kehidupan flora dan fauna

PELAJARAN 2 : MEYAKINI HARI KEBANGKITAN

Ayat Kefahaman
Surah al-A'raaf ayat 57 & 58

وَهُوَ الَّذِي يُرْسِلُ الرِّيَاحَ بُشْرًا بَيْنَ يَدَيْ رَحْمَتِهِ حَتَّى إِذَا أَقَلَّتْ سَحَابًا ثِقَالاً سُقْنَاهُ لِبَلَدٍ مَّيِّتٍ فَأَنزَلْنَا بِهِ الْمَاء فَأَخْرَجْنَا بِهِ مِن كُلِّ الثَّمَرَاتِ كَذَلِكَ نُخْرِجُ الْموْتَى لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ

وَالْبَلَدُ الطَّيِّبُ يَخْرُجُ نَبَاتُهُ بِإِذْنِ رَبِّهِ وَالَّذِي خَبُثَ لاَ يَخْرُجُ إِلاَّ نَكِدًا كَذَلِكَ نُصَرِّفُ الآيَاتِ لِقَوْمٍ يَشْكُرُونَ


Maksudnya :
"Dan dialah yang meniupkan angin sebagai pembawa berita gembira sebelum kedatangan rahmat-Nya (hujan); hingga apabila angin itu Telah membawa awan mendung, kami halau ke suatu daerah yang tandus, lalu kami turunkan hujan di daerah itu, Maka kami keluarkan dengan sebab hujan itu pelbagai macam buah-buahan. seperti Itulah kami membangkitkan orang-orang yang Telah mati, Mudah-mudahan kamu mengambil pelajaran (57)”.

”Dan tanah yang baik, tanaman-tanamannya tumbuh subur dengan seizin Allah; dan tanah yang tidak subur, tanaman-tanamannya Hanya tumbuh merana. Demikianlah kami mengulangi tanda-tanda kebesaran (kami) bagi orang-orang yang bersyukur (58)”.

Bukti Allah berkuasa membangkitkan manusia selepas mati :

1. Angin pembawa berita gembira
  • Angin udara yang bergerak
  • Pembawa awan mendung (hujan)
  • Mengandungi beberapa jenis gas
    1. Nitrogen
    2. Oksigen
    3. Karbon dioksida
    4. Gas nadir
2. Awan dan hujan pembawa rahmat
  • Berlaku melalui proses kitar air semula jadi.
  • Merupakan Sunnatullah.
  • Supaya dapat mengekalkan kuantiti air di bumi.
3. Tanah yang gersang menjadi subur
  • Menunjukkan Allah berkuasa menghidupkan semula manusia yang sudah mati.
Maksud bersyukur :
Menyatakan rasa terima kasih kepada Allah swt atas segala nikmat yang dikurniakan

Cara-cara bersyukur

1. Hati
  • Redha dengan pemberian Allah swt.
  • Bertambah cinta kepada Allah swt apabila mendapat nikmat
2. Lisan
  • Banyak berzikir
  • Menyampaikan dakwah dan menasihati secara hikmah
3. Amalan
  • Memelihara ibadah wajib dan meningkatkan ibadah sunat
  • Memanfaatkan nikmat ke arah kebaikan
Perbezaan

Orang yang bersyukur
  1. Rajin dan ikhlas beribadah
  2. Berusaha memajukan diri, masyarakat dan negara
  3. Sabar menghadapi musibah
  4. Redha walaupun menerima nikmat yang sedikit
Orang yang tidak bersyukur

1. Malas dan berpura-pura beribadah
2. Kurang berusaha memajukan diri, masyarakat dan negara
3. Tidak sabar dan mengeluh menghadapi musibah
4. Tamak walaupun menerima nikmat yang banyak


PELAJARAN 3 : MEMANFAAT ANUGERAH ALLAH SWT

Ayat Kefahaman
Surah al-A'raaf ayat 179

وَلَقَدْ ذَرَأْنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيرًا مِّنَ الْجِنِّ وَالإِنسِ لَهُمْ قُلُوبٌ لاَّ يَفْقَهُونَ بِهَا وَلَهُمْ أَعْيُنٌ لاَّ يُبْصِرُونَ بِهَا وَلَهُمْ آذَانٌ لاَّ يَسْمَعُونَ بِهَا أُوْلَئِكَ كَالأَنْعَامِ بَلْ هُمْ أَضَلُّ أُوْلَئِكَ هُمُ الْغَافِلُونَ

Maksudnya :
"Dan Sesungguhnya kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. mereka Itulah orang-orang yang lalai (179)”.

Nikmat kurnian Allah swt dan fungsinya :

1. Akal
  • Berfikir mengenai kekuasaan dan keesaan Allah swt
  • Membezakan perkara yang baik dan buruk
2. Hati
  • Yakin dan beriman kepadanya
  • Mengawal hati daripada tunduk kepada hasutan syaitan
3. Mata
  • Melihat kejadian Tuhan sebagai bukti kekuasaannya
  • Mengawal pandangan daripada perkara yang dilarang Allah swt
4. Telinga
  • Mendengar perkara yang memberi manfaat dan kebaikan
Ciri-ciri

Ahli Syurga :
  1. Melaksanakan rukun Islam dengan sempurna
  2. Menjadikan syariat sebagai panduan hidup
  3. Mengambil peringatan mengenai dosa dan takut azab Allah SWT
  4. Yakin kebesaran dan kekuasaan-Nya dengan melihat keunikan alam
  5. Sentiasa mengingati dan menyebut nama Allah SWT.
  6. Menggunakan kemahiran membina tamadun berasaskan iman dan taqwa.
Ahli Neraka :
  1. Mengabaikan rukun Islam
  2. Mengenepikan syariat
  3. Tidak mengambil peringatan dan tidak takut azab Allah SWT
  4. Tidak mengambil iktibar daripada keunikan alam
  5. Lalai mengingati Allah SWT.
  6. Menggunakan kemahiran melakukan kerosakan.
Akibat :
  1. Mudah terpengaruh dengan unsur negatif
  2. Hati menjadi keras hingga sukar dinasihati
  3. Kehidupan tidak berdidiplin
  4. Dibenci masyarakat
  5. Susah menerima kebenaran
  6. Bertindak mengikut hawa nafsu
  7. Sanggup berbuat zalim
  8. Diazab Allah SWT di akhirat

PELAJARAN 4 : MENGINGATI ALLAH SWT MENENANGKAN HATI

Ayat kefahaman
Surah al-A'raaf ayat 205 & 206

وَاذْكُر رَّبَّكَ فِي نَفْسِكَ تَضَرُّعاً وَخِيفَةً وَدُونَ الْجَهْرِ مِنَ الْقَوْلِ بِالْغُدُوِّ وَالآصَالِ وَلاَ تَكُن مِّنَ الْغَافِلِينَ

إِنَّ الَّذِينَ عِندَ رَبِّكَ لاَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِهِ وَيُسَبِّحُونَهُ وَلَهُ يَسْجُدُونَ

Maksudnya :
"Dan sebutlah (nama) Tuhannmu dalam hatimu dengan merendahkan diri dan rasa takut, dan dengan tidak mengeraskan suara, di waktu pagi dan petang, dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang lalai (205)”.

"Sesungguhnya malaikat-malaikat yang ada di sisi Tuhanmu tidaklah merasa enggan menyembah Allah dan mereka mentasbihkan-Nya dan Hanya kepada-Nya-lah mereka bersujud (206)”.

Maksud zikir

Bahasa : Ingat
Istilah syarak : mengingati Allah SWT untuk kita mendekatkan diri kepadanya

Adab berzikir
  1. Dilakukan dengan ikhlas
  2. Dilakukan dengan khusyuk
  3. Tidak berzikir dengan lisan di tempat yang kotor seperti tandas
  4. Nada suara dan intonasi yang sedarhana
  5. Merendahkan diri kepada Allah
  6. Memahami setiap ungkapan zikir
Peranan Zikir
  1. Meningkatkan keimanan dan ketaqwaan
  2. Dapat melembutkan hati
  3. Melindungi diri daripada maksiat
  4. Membentuk disiplin diri
Perbezaan Ibadah

Manusia :
  1. Bertambah dan berkurang.
  2. Konsentrasi berubah-ubah mengikut tahap keimanan.
  3. Tanda ketaatan dan ujian
Malaikat :
  1. Tidak bertambah dan berkurang
  2. Konsentrasi tetap
  3. Tanda ketaatan dan kebesaran Allah SWT.
Cara Mendekatkan Diri Kepada Allah SWT
  1. Menyempurnakan ibadat wajib
  2. Membanyakkan ibadat haji
  3. Menghadiri majlis ilmu
  4. Melayari isu-isu agama di internet
  5. Mengkaji dan menyelidik bagi mendekatkan diri kepada Allah
  6. Mendampingi orang soleh
  7. Menzalimi diri dengan berzikir
Faktor Penghalang Manusia Mengingati Allah SWT
  1. Sombong
  2. Terlalu mengejar kemewahan
  3. Gejala sosial yang tidak sihat
  4. Leka dengan hiburan
  5. Terpengaruh tipu daya syaitan
  6. Bergaul dengan rakan yang jahil/ jahat.

Pelajaran 5: Menunaikan Kewajipan Solat Jumaat.

Objektif:

- Membaca ayat 1-11 surah al-jumaah dengan fasih dan lancer
- Menyatakn maksud ayat secara ringkas.
- Menyenaraikan perintah-perintah Allah dalam ayat 9 hingga 11 surah al-jumaah.
- Menjelaskan sebab bersegera untuk menunaikan solat jumaat.
- Menerangkan hikmah-hikmah tuntutan bekerja selepas solat jumaat.
- Menghubung kaitkan urusan seharian dengan solat.
- Menghuraikan kepentingan solat jumaat dalam pembangunan umat.
- Merumuskan hasil tamadun yang terdapat dalam pelajaran ini.
- Menyenaraikan pengajaran ayat.

Ayat kefahaman

Maksudnya: Wahai orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mendirikan solat pada hari jumaat, maka bersegeralah kamu pergi ( ke masjid) untuk mengingati Allah, dan tinggalkanlah jual beli. Demikian itu adalah lebih baik bagi kamu. Jika kamu mengentahui (9) Apabila selesai solat, maka bertebaranlah kamu di muka bumi, dan carilah kurniaan Allah dan banyakkanlah mengingati Allah supaya kamu berjaya. Apabila mereka melihat barang dagangan atau sesuatu yang melekakan,, mereka pergi kepadanya dengan meninggalkan engkau seorang diri. Katakanlah : apa yang ada di sisi Allah lebih baik daripada segala yang melekakan dan juga barang2 dagangan dan Allah sebaik-baik pemberi rezeki.(11)

KEWAJIPAN SOLAT JUMAAT

Solat Jumaat ialah solat dua rakaat yang dilakukan pada hari Jumaat dan didirikan pada waktu zohor.

PERINTAH ALLAH SWT DALAM AYAT 9 HINGGA 11 SURAH AL-JUMAAH

- Segera menunaikan solat Jumaat
- Menunaikan urusan jual beli setelah masuk waktu solat Jumaat
- Sentiasa mengingati Allah S.W.T
- Berusaha mencari kurniaan Allah di muka bumi.

SEBAB DITUNTUT SEGERA MENUNAIKAN SOLAT JUMAAT

- Dapat pahala saf depan
- Dapat mendengar nasihat khutbah Jumaat
- Dapat beriktikaf didalam masjid
- Dapat berzikir dan melakukan amalan-amalan sunat.

HIKMAH TUNTUTAN BEKERJA SELEPAS SOLAT JUMAAT
- Membuktikan bahawa Islam tidak mengabaikan urusan dunia.
- Hari Jumaat bukanlah hari yang dikhususkan untuk beribadat semata-mata.
- Umat Islam lebih bersemangat untuk bekerja selepas selesai menunaikan kewajipan terhadap Allah S.W.T
- Umat Islam diseur melakukan keseimbangan di dunia dan akhirat.


HUBUNG KAIT SOLAT DENGAN URUSAN SEHARIAN.


KESAN SOLAT DALAM URUSAN HIDUP SEHARIAN
- Mendisplinkan urusan seharian.
- Mendidik insane supaya ikhlas dalam setiap tindakan.
- Mendorong murid supaya berusaha bersungguh-sungguh dalam mencapai kejayaan.
- Menghasilkan pekerjaan yang berkualiti.


KEPENTINGAN SOLAT JUMAAT DALAM PEMBANGUNAN UMAT

- Mementingkan kebersihan dan gaya hidup sihat
- Mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan masyarakat
- Saluran informasi terkini
- Para jemaah mendapat teguran dan nasihat
- Membentuk umat yang berakhlak mulia dan berdisplin
- Dapat membanteras gejala sosial dalam masyarakat
- Mendidik umat mencintai masjid dan mendekatinya selalu.

PELAJARAN 6:
AMALAN MUKMIN CEMERLANG


Objektif:
1) Menyatakan maksud hadis secara ringkas
2) Menyenaraikan amalan-amalan mukmin cemerlang
3) Menerangkan akhlak mulia terhadap Allah dan sesame manusia.
4) Menerangkan maksud “ القرأن حجة لك أو عليك”
5) Merumuskan hasil tamadun yang terdapat dalam pelajaran ini.
6) Menyenaraikan pengajaran hadis.


Maksud hadis:

“ Daripada Abu Malik al-Haris Bin ‘asim al-Asyarie katanya: Rasulallah saw bersabda: Bersuci itu sebahagian daripada iman, Alhamdulilah memenuhi timbangan, Subhanaallah dan Alhamdulilah memenuhi ruang antara langit dan bumi, solat itu cahaya, sedekah itu bukti dan sabar itu sinaran, Al-Quran itu hujah untuk engkau atau terhadap engkau, semua orang mempertaruhkan dirinya(antara dua pertaruhan) sama ada memerdekakannya atau membinasakannya”

KELEBIHAN AMALAN MUKMIN CEMERLANG

WUDHUK

- Mensucikan hati mukmin daripada dosa
- Membersihkan anggota zahir daripada najis dan kotoran
- Dapat mengawal perasaan marah
- Anggota wuduhk akan bercahaya pada hari kiamat.
- Orang yang berwuduk akan diangkat darjatnya.


· TAHMID
- Merendah diri kepada Allah S.W.T
- Orang yang selalu membaca Alhamdulilah akan dapat menguatkan ingatan.


· TASBIH
- Melatih diri mukmin supaya sentiasa bersyukur.
- Pemikiran menjadi bersih daripada fahaman yang kolot dan karut.
- Mendapat ketenangan hati dan ketenteraman jiwa.
- Mendapat ganjaran pahala yang memenuhi antara langit dan bumi.
- Membersihkan diri daripada syirik.


· SOLAT
- Akan mendapat kesihatan fizikal.
- Mukanya berseri-seri
- Hatinya bersih dan suci daripada sifat-sifat keji.
- Orang yang menunaikan solat pada waktu malam akan diterangi kuburnya.
- Mendapat cahaya di dunia dan akhirat.

· SEDEKAH
- Mendapat penghormatan dan kasih saying masyarakat terutama daripada fakir miskin.
- Mendapat kesihatan yang baik dan disembuhkan daripada penyakit.
- Mendapat keberkatan rezeki dan ditambahkan nikmat yang berlipat ganda.
- Sedekah menggugurkan dosa dan menjadi bukti keimanan seseorang kepada Allah swt.

· SABAR
- Mendapat keampunan dan rahmat Allah swt.
- Sentiasa mendapat petunjuk ke arah kebaikan.
- Diperkenankan doanya oleh Allah.
- Sabar menjadi sumber kekuatan dan kemenangan mukmin seiring dengan doa.



MAKSUD “ AL-QURAN HUJJATUN LAKA AU A’LAIKA”

- Maksudnya al-Quran akan menjadi pembela terhadap orang yang melaksanakan amalan yang bersesuaian dengan tuntutan pada hari akhirat.
- Antara amalan mendapat pembelaan al-Quran ialah:
1) Menyakini bahawa al-Quran ialah panduan hidup yang sempurna.
2) Membaca al-Quran dengan bertajwid dan beradab.
3) Memuliakan al-Quran
4) Beramal dengan tuntutan al-Quran dan mentaati perintah serta menjauhi larangannya.
5) Memahami maksud dan pengertian ayat yang dibaca.

Amalan yang menyebabkan pendakwaan al-Quran.
1) Tidak menjadikan ajaran Al-Quran sebagai panduan hidup.
2) Tidak berusaha untuk menyakini al-Quran.
3) Tidak mahu memahami dan menerima maksudnya.
4) Mengingkari hukum yang terdapat di dalam al-Quran.
5) Menghina al-quran sebagai sebuah kitab suci.


PELAJARAN 7:
IHSAN TERHADAP BINATANG

Maksudnya: Daripada Abu Yakli syidad bin Aus bahawa Rasulallah saw bersabda: sesungguhnya Allah mewajibkan berlaku ihsan atas semua perkara. Jika kamu membunuh, berlaku berlaku ihsanlah ketika membunuh dan jika kamu menyembelih, berlaku ihsanlah ketika menyembelih. Kamu hendaklah menajamkan pisau dan mneyenangkan haiwan sembelihan.’


Maksud Ihsan Terhadap Binatang
- ialah melakukan segala amalan baik yang tidak bercanggah dengan syarak.

Kepentingan Ihsan Terhadap Binatang
- Mendapat ganjaran dan rahmat Allah swt.
- Menunjukkan rasa hormat dan simpati terhadap binatang.
- Melahirkan masyarakat yang penyayang dan penyantun.
- Memelihara habitat binatang daripada kerosakan dan kemusnahan.
- Membentuk individu muslim yang cinta akan kebaikan dan benci akan keburukan.

Perlakuan Ihsan ketika menyembelih dan membunuh.

1) MENYEMBELIH
- Memberi minum kepada binatang sembelihan sebelum disembelih.
- Membaringkan di tempat yang rata.
- Menggunakan pisau yang tajam.
- Melakukan sembelihan secara cepat dengan sebaik-baiknya.

` 2) MENYEMBELIH
- Tidak mengheretnya dengan kasar atau menyeksa badannya ketika dibawa ke tempat sembelihan.
- Elakkan menyembelih haiwan di hadapan haiwan yang lain.
- Tidak menyembelih binatang yang sedang bunting atau sedang menyusukan anak.
- Tidak tergesa-gesa melapah binatang sembelihan sebelum benar-benar mati.


3)MEMBUNUH

- Tidak membunuh dengan cara yang kejam.
- Tidak menyeksa sebelim dibunuh.
- Memastikan alat yang digunakan sesuai untuk membunuh.
- Menggunakan alat dan cara yang mempercepatkan mati.

BENTUK-BENTUK PENGANAYAIAN TERHADAP BINATANG.
- Memelihara binatang dalam sangkar.
- Menyapu atau melaga binatang.
- Merendam di dalam air sehingga lemas.
- Memusnahkan habitat binatang.
- Mengurung binatang tanpa memberi makan.
- Memukul dan meyeksa binatang.
- Melontar atau menghumban binatang.
- Menjadikannya sasaran untuk latihan memanah.


BINATANG YANG HARUS DIBUNUH.
- Binatang yang buas dan ganas seperti harimau.
- Binatang-binatang yang memberhaya,beracun dan berbisa.
- Burung yang menyambar mangsa dengan kuku seperti burung helang.
- Binatang-binatang perosak, kotor dan boleh memudaratkan seperti gagak, tikus dan sebagainya.

APLIKASI PENGANAYAIAN TERHADAP BINATANG
- Mendapat dosa dan azab di akhirat.
- Hati menjadi keras dan sukar menerima teguran.
- Bersikap bengis, kasar dan tidak bertolak ansur.
- Dibenci dan tidak dihormati oleh anggota masyarakat.

No comments:

Post a Comment