Wednesday, June 10, 2009

AYAT KEFAHAMAN TINGKATAN EMPAT

AYAT KEFAHAMAN

PELAJARAN 1: MANUSIA PERLU BERSYUKUR

Objektif:

  1. Menjelaskan maksud ayat 6 surah al-An’am
  2. Menerangkan mengapa manusia wajib bersyukur dengan nikmat Allah
  3. Menerangkan azab Allah kepada kaum nabi-nabi terdahulu yang tidak bersyukur
  4. Menjelaskan tanggungjawab manusia sebagai Khalifah Allah

Maksud surah al-An’am ayat 6:

“Tidakkah mereka memerhati dan memikirkan berapa bayak umat yang telah kami binasakan sebelum mereka, pada hal (umat-umat itu ) Kami telah teguhkan kedudukan mereka di bumi ( dengan kekuasaan dan kemewahan) yang tidak Kami berikan kepada kamu, dan Kami turunkan hujan ke atas mereka dengan lebatnya, dan kami jadikan sungai-sungai mengalir di bawah mereka, kemudian Kami binasakan mereka dengan sebab dosa mereka sendiri, dan Kami ciptakan sesudah mereka umat yang lain”.

Gambaran ayat:

Kaum Musyrikin Makkah telah menolak kebenaran Islam. Oleh sebab itu, Allah memberi peringatan kepada mereka supaya mengambil ikhtibar daripada kaum terdahulu yang dikurniakan pelbagai nikmat kemewahan hidup tetapi mereka tidak bersyukur. Akhirnya mereka dibinasakan dan digantikan dengan kaum yang lain. Segala harta dan kekuasaan tidak dapat menyelamatkan mereka.

Huraian ayat:

  1. Mensyukuri nikmat Allah

a) Antara nikmat yang Allah kurniakan kepada manusia:

· Iman

· Islam

· Kesihatan tubuh badan

· Kesempurnaan fizikal

· Akal fikiran

· Kemerdekaan

· Keamanan

· Kemakmuran

b) Cara bersyukur

· Hati: sentiasa mengingati Allah yang memberi nikmat

· Lidah: mengucapkan Alhamdulillah ketika mendapat nikmat

· Tubuh badan: menggunakan nikmat untuk kebaikan

2. Kemusnahan kaum ‘Ad, Thamud dan Luth menjadi ikhtibar kepada generasi kini

Kaum ‘Ad

Kaum Thamud

Kaum Luth

· Diberi nikmat tanah yang subur dan kemewahan hasil tanaman

· Tetapi mereka kufur

· Mereka menolak ajaran nabi Hud as

· Dibinasakan dengan angin putting beliung yang memusnahkan diri dan harta.

· Dianugerahkan kekayaan dan kemewahan hidup

· Tetapi mereka angkuh

· Menuduh nabi Soleh as sebagai pendusta

· Dibinasakan dengan halilintar yang kuat dan gempa bumi yang dahsyat.

· Diberi kehidupan ynag sangat mewah

· Tetapi mereka menolak ajaran nabi Luth as

· Melakukan hubungan sejenis (homoseks atau liwat)

· Dibinasakan dengan menerbalikkan negeri mereka.

3. Manusia sebagai khalifah

· Sebagai khalifah, manusia diberi amanah untuk melaksanakan perintah Allah

· Antara tanggungjawab manusia sebagai khlaifah ialah menegakkan agama Allah, membangun , mengurus dan memakmurkan manusia dan alam. Contohnya, mereka mengusahakan tanaman, membangunkan perindustrian yang berjaya supaya dapat menyumbang kepada pembangunan Negara.

· Tugas-tugas tersebut mestilah dilakukan mengikut peraturan dan prinsip undang-undang yang telah ditetapkan oleh Allah.

· Manusia yang berjaya menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan sempurna akan dikurniakan oleh Allah kesejahteraan di dunia dan di akhirat.

· Kegagalan manusia menjalankan tanggungjawab tersebut akan menerima balasan daripada Allah.

Pengajaran ayat:

1. Allah membinasakan kaum-kaum terdahulu disebabkan mereka kufur dan mendustakan agama Allah.

2. Pangkat, kedudukan dan kekayaan kita tidak dapat menghalang Allah daripada menurunkan azab.

3. Kebinasaan dan kemusnahan yang berlaku kepada manusia adalah akibat perbuatan mereka sendiri yang tidak mensyukuri nikmat Allah.

4. Kita hendaklah mengurus dan mentadbir ala mini sebaik-baiknya berpandukan syariat Allah.

5. Kita hendaklah mempelajari sejarah kaum ‘Ad, Thamud dan Luth serta mengambil ikhtibar daripadanya.

PELAJARAN 2: RASUL PENYAMPAI WAHYU

Objektif:

1. Menjelaskan maksud ayat 50 surah al-An’am

2. Menerangkan tujuan Allah mengutuskan para Rasul kepada manusia

3. Menerangkan salah faham terhadap tugas Rasul

4. Menjelaskan perkara-perkara ghaib dan bahagian-bahagiannya

5. Menjelaskan mengapa manusia wajib meneroka alam mengikut syariat.

Maksud surah al-An’am ayat 50:

“Katakanlah (wahai Muhammad) Aku tidak mengatakan kepada Kamu bahawa khazanah Allah ada disisiKu, Aku juga tidak mengetahui perkara-perkara yang ghaib, dan Aku tidak mengatakan kepada Kamu Aku ini Malaikat. Aku tidak menurut melainkan apa yang di wahyukan kepadaKu. Katakanlah adakah sama orang buta dengan orang yang celik tidakkah Kamu memikirkannya”.

Huraian ayat:

1. Rasul penerima dan penyampai wahyu

Allah memilih Rasul daripada kalangan manusia yang terdiri daripada kalangan lelaki yang diturunkan wahyu dan dikurniakan mu’jizat. Rasul berperanan sebagai:

· Membetulkan akidah daripada kesesatan kepada beriman dengan Allah

· Menjelaskan syariat dan peraturan untuk kebahagiaan manusia di dunia dan di akhirat

· Mengajar dan menunjuk cara beribadat dengan betul

· Mendidik manusia supaya berakhlak mulia

· Mengajar cara hidup bermasyarakat yang harmoni

· Memberitahu berita gembira kepada orang yang taat dan azab kepada yang ingkar

· Menjelaskan adanya alam akhirat yang kekal

2. Perkara ghaib

· Perkara yang hanya diketahui oleh Allah seperti masa berlakunya hari qiamat, penentuan rezeki seseorang, bentuk kejadian manusia dan ajal maut seseorang.

· Perkara yang telah berlaku seperti kisah nabi-nabi, kemusnahan umat yang menderhaka kepada Allah.

· Perkara yang tidak dapat dilihat oleh panca indera seperti kewujudan malaikat, syaitan, jin, syurga dan neraka.

· Perkara yang akan berlaku seperti kewujudan nabi Isa, dajal, ya’ajuj dan ma’ajuj.

· Perkara yang diketahui oleh manusia melalui ilmu dan kajian seperti jenis-jenis tumbuhan yang boleh dijadikan ubat dan jenis-jenis logam yang berharga di dalam bumi.

3. Tugas manusia

· Mengikuti ajaran yang dibawa oleh Rasul untuk mendapat kebaikan hidup di dunia dan di akhirat.

· Berusaha dan ikhtiar menyelidik alam ini bagi mendapat manfaatnya.

· Memiliki pengetahuan dan kemahiran supaya dapat meneroka alam ini.

PELAJARAN 3: LARANGAN MEMPERSENDAKAN AGAMA

Maksud surah al-An’am, ayat: 70:

“ jauhilah diri daripada orang yang menjadikan agama sebagai permainan dan hiburan. Mereka pula telah terpedaya dengan kehidupan dunia dan peringatkanlah mereka dengan al-Quran supaya mereka tidak terjerumus ke neraka di akhirat disebabkan perbuatan mereka yang buruk dan keji. Tidak ada perlindung dan pemberi syafaat kecuali Allah. Sekiranya mereka hendak membebaskan diri mereka dengan segala jenis penebusan semuanya tidak diterima lagi. Mereka ini adalah golongan yang dijerumuskan ke dalam neraka dengan sebab usaha mereka. Mereka diberi minum daripada air panas yang menggelegak dan ditimpakan azab disebabkan mereka kufur”

Huraian ayat:

1. Larangan Mempersendakan Agama

· Golongan musyrik dan munafik benci kepada ajaran Islam.

· Sering mempersendakan Rasulullah SAW dan Islam. Allah SWT perintahkan Nabi Muhammad menyampaikan ancaman kepada mereka.

· Mempersendakan Islam melalui lisan atau perbuatan yang merendahkan martabat agama. Contohnya: bangga apabila melanggar larangan Allah SWT.

· Seorang Islam yang melanggar hukum syariat: Tidak solat – makan di siang hari pada bulan Ramadhan.

2. Empat golongan yang mempersendakan agama Islam pada zaman Nabi ialah:

a. Musyrikin – kaum yang menyekutukan Allah dan penentang kuat agama tauhid.

b. Munafik – orang yang menyembunyikan kekufuran dan menzahirkan keislamannya.

c. Murtad – orang yang keluar daripada agama Islam, contohnya orang yang ingkar membayar zakat pada zaman Khalifah Abu Bakar.

d. A’syi – orang yang melanggar perintah agama tetapi tidak mengingkarinya.

3. Tuntutan Memelihara Agama

· Lafaz kalimah syahadah perlu diikuti dengan pengakuan dan dibuktikan dengan perbuatan serta tindakan.

a. Baiki taraf hidup.

b. Waspada dengan musuh.

c. Berakhlak mulia.

d. Beramal soleh.

e. Amar ma’ruf dan nahi mungkar.

· Sebagai umat Islam.

a. Menjadi umat yang kuat dan disegani.

b. Berusaha bersungguh-sungguh (mengamal ajaran Islam dalam diri, masyarakat dan negara)

c. Wajib menjaga kesucian agama (laksanakan perintah Allah)

d. Jauhi larangan Allah SWT.

e. Sentiasa melakukan amal soleh, berakhlak mulia dan berwaspada dari golongan yang mempermainkan Islam.

4. Harta kekayaan dan pangkat adalah ujian Allah SWT:

· Ada ketikanya harta dan pangkat dijadikan ukuran menentukan taraf seseorang.

· Islam tidak meletakkan harta sebagai syarat mutlak.

· Islam menggalakkan umatnya mencari harta kekayaan asalkan diusahakan secara halal.

PELAJARAN 7: NASIHAT LUQMAN AL-HAKIM

(AYAT AL-QUR’AN)

Maksudnya;

12Dan sesungguhnya telah Kami berikan hikmah kepada Luqman, yaitu, "Bersyukurlah kepada Allah. Dan barang siapa yang bersyukur (kepada Allah), maka sesungguhnya ia bersyukur untuk dirinya sendiri, dan barang siapa yang tidak bersyukur, maka sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji."

13Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, di waktu ia memberi pelajaran kepadanya, "Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan (Allah) sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kelaliman yang besar."

14Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu-bapaknya, ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyapihnya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada dua orang ibu bapakmu, hanya kepada-Kulah kembalimu.

15Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan dengan Aku sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu, maka janganlah kamu mengikuti keduanya, dan pergaulilah keduanya di dunia dengan baik, dan ikutilah jalan orang yang kembali kepada-Ku, kemudian hanya kepada-Kulah kembalimu, maka Ku-beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.

16(Luqman berkata), "Hai anakku, sesungguhnya jika ada (sesuatu perbuatan) seberat biji sawi, dan berada dalam batu atau di langit atau di dalam bumi, niscaya Allah akan mendatangkannya (membalasinya). Sesungguhnya Allah Maha Halus lagi Maha Mengetahui.

17Hai anakku, dirikanlah salat dan suruhlah (manusia) mengerjakan yang baik dan cegahlah (mereka) dari perbuatan yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan (oleh Allah).

18Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (karena sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri.

19Dan sederhanalah kamu dalam berjalan dan lunakkanlah suaramu. Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keledai.

Surah Luqman 41: Ayat12-19

OBJEKTIF

· Menjelaskan maksud ayat 12 hingga 19 surah Luqman

· Menghafaz ayat 12 hingg 19 surah Luqman

· Menerangkan intisari nasihat Luqman al-Hakim

Intisari Ayat

Luqman Al-Hakim menasihati anknya supaya bersyukur kepada Allah S.W.T. atas segala kurniaanNya, tidak mensyirikkan Allah S.W.T., berbakti kepada ibubapa, mendirikan solat, melakuakn kebaikan dan meninggalkan kejahatan, sabar menghadapi segala dugaan, tidak memandang rendah sesama manusia, tidak bersikap sombong, dan beradab semasa berjalan. Segala perbuatan baik dan jahat pula nescaya akan mendapat balasan daripada Allah S.W.T. pada hari akhirat kelak.

Intisari Nasihat Luqman Al-Hakim

1. Luqman Al-Hakim adalah seorang yang soleh dan memiliki ketinggian ilmu pengetahuan yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T. Beliau bijak berbicara mengenai sesuatu perkara di samping mempunyai pemahaman yang mendalam dalam sesuatu bidang.

2. Beliau seorang yang alim, bertakwa, dan sentiasa bersyukur kepada Allah S.W.T. atas kurniaan-Nya. Ucapan-ucapan beliau merupakan kata-kata hikmat yang mempunyai pengajaran kepada orang ramai.

3. Di dalam Al-Qur’an, terdapat beberapa nasihat Luqman kepada anaknya yang harus dijadikan pengajaran dan teladan kepada semua orang. Nasihat-nasihat tersebut ialah:

a) Tidak mensyirikkan Allah S.W.T.

b) Berbuat baik kepada ibubapa

c) Mengingatai balasan baik dan balasan buruk buruk daripada Allah S.W.T.

d) Mengerjakan solat dengan sempurna

e) Menyuruh melakukan kebaikan dan mnecegah sebarang kemungkaran

f) Sabar atas segala yang menimpa

g) Tidak bersifat sombong

4. Syirik adalah perbuatan yang sangat dilarang oleh Allah S.W.T. dan merupakan suatu kelaziman yang besar. Oleh sebab itu, mereka yang melakukan syirik tidak akan diampunkan dosanya oleh Allah S.W.T. Firman Allah S.W.T. dalam surah An-Nisak ayat 48 yang bermaksud:

sesungguhnya Allah S.W.T. tidak mengampunkan dosa orang yang menyekutukan-Nya dan akan diampun dosa-dosa yang menyekutukan-Nya dan akan diampun dosa-dosa selain itu bagi mereka yang dikehendaki-Nya. Barang siapa yang menyekutukan Allah, maka sesungguhnya dia telah berbuat dosa yang besar.”

5. Berbuat baik kepada baik kepada ibubapa merupakan kewajipan bagi setiap orang Islam. Kewajipan ini dituntut oleh Allah S.W.T. memandangkan betapa besarnya pengorbanan dan jasa mereka terhadap anaknya.

6. Allah S.W.T. Maha Berkuasa dan Maha Adil terhadap hamba-Nya. Setiap perbuatan yang dilakuakn oleh hambaNya akan mendapat balasan. Setiap perbuatan yang dilakukan oleh hambaNya akan mendapat balasan. Setiap orang hendaklah sentiasa berwaspada dalam melakukan sesuatu kerana setiap apa-apa yang dilakukan ada balasan dan ganjarannya.

7. Luqman Al-Hakim menasihati anknya supaya tidak mengabaikan solat lima waktu kerana ibadat solat merupakan kepatuhan dan ketaatan seseorang kepadan perintah Allah S.W.T. Mereka yang mengerjakan solat dengan sempurna dan penuh khusyuk akan mempengaruhi tingkah lakunya kea rah kebaikan.

8. Bagi mewujudkan masyarakat yang haemoni dan sejahtera, umat Islam berkewajipan mengamalkan konsep amar makruf dan nahi mungkar. Tuntutan ini perlu dilaksanakan oleh setiap individu Muslim supaya tidak berlaku perkara yang tidak diingini dalam masyarakat.

9. Luqman Al-Hakim juga menasihati anknya supaya bersabar menempuh segala dugaan hidup kerana hal ini merupakan ujian daripada Allah S.W.T. kepada hamba-Nya. Sifat sabar inin juga penting untuk kejayaan seseorang dalam setiap bidang yang diceburinya. Selain itu, ia merupakan perisai daripada melakukan perbuatan yang tidak diredhai oleh Allah S.W.T.

10. Akhlak mulia melambangkan keperibadian Muslim yang sejati. Dalam hal ini, Luqman menasihati anknya supaya mengemalkan akhlak yang mulia sesama manusia seperti tidak sombong, bongkak, meninggi diri, dan memandang rendah kepada orang lain.

TIDAK MELAKUKAN SYIRIK

1. Syirik ialah perbuatan yang menunjukkan seseorang itu menyamakan Allah S.W.T. dengan makhluk dari segi zat-Nya, sifat-Nya, dan perbuatan-Nya. Perbuatan tersebut akan merosakkan akidah seseorang dan dosanya tidak mendapat keampunan Allah S.W.T. kerana perbuatan syirik merupakan salah satu daripada dosa besar.

2. Syirik terbahagi kepada dua jenis, iaitu Syirik Jali dan Syirik Khafi. Syirik Jali adalah perbuatan yang dilakukan secara terang-terangan seperti menyembah berhala, memuja kubur, menyembah pokok, dan sebagainya.Syirik Khafi adalah syirik yang tersembunyi seperti riak, takbur, bangga diri dan sebagainya.

3. Perbuatan syirik sangat dilarang oleh Islam kerana kesannya amat buruk terhadap individu. Antara kesan-kesan syirik terhadap individu ialah:

a) Merosakkan akidah individu yang terlibat

b) Hilang kepercayaan dan keyakinan terhadap kekuasaan Allah S.W.T.

c) Membazirkan wang, masa dan tenaga

d) Diri sentiasa dibayangi oleh perasaan bersalah terhadap Allah S.W.T.

e) Ibadah yang dilakukan tidak diterima Allah S.W.T.

f) Akan mendapat balasan azab neraka

4. Terdapat beberapa faktor yang mendorong seseorang itu sanggup mensyirikkan Allah S.W.T. Antara faktor-faktor tersebut ialah:

a) Tidak mempunyai pegangan agama yang kukuh

b) Terpengaruh oleh janji-janji yang menggembirakan sekiranya ia melakukan perbuatan tersebut

c) Ingin mendapat sesuatu dengan cara yang senang walaupun melalui cara yang sanagt ditegah oleh Allah S.W.T

d) Terpengaruh oleh ajaran sesat yang mendakwa bahawa amalan yang dilakukan boleh memenuhi hajat seseorang

BERBUAT BAIK KEPADA IBUBAPA

1. Berbuat baik kepada ibubapa adalah tanggungjawab bagi setiap individu. Kewajipan ini tidak boleh diabaikan sesiapapun.

2. Kewajipan berbuat baik kepada orang tua dituntut terhadap setiap individu memandangkan jasa dan pengorbanan mereka sangat besar terhadap anak-anaknya

3. Seseorang anak wajib berbakti kepada kedua-dua orang tuanya. Hakl ini kerana:

a) Ibu yang mengandungkan anaknya dalam keadaanyang sukar

b) Melahirkan anaknya dalam keadaaan yang amat menyakitkan seolah-olah nyawa berada dihujung rambut

c) Menjaga anaknya sehingga dewasa

d) Member pengajaran dan didikan kepada anaknya sehingga menjadi insane yang berguna terhadap agama, bangsa dan Negara

e) Sanggup menghadapi segala kesusahan dan kepayahan demi kebaikan anaknya.

4. Anaklah mestilah berbakti dan berbuat baik kepada ibubapa dengan penuh rasa tanggungjawab, contohnya;

a) Menjaga dan memenuhi segala keperluan hidup seperti makan, minum, perubatan, tempat tinggal yang baik, pakaian dan sebagainya.

b) Melayani segala kemahuan mereka dengan baik dan tidak sekali-kali menunjukkan sikap yang tidak menyenangkan

c) Sentiasa menunjukkan tingkah laku yang baik, bersopan, dan beradab semasa berhadapan dengan mereka

d) Berusaha untuk melakukan sesuatu perkara yang boleh menggembirakan hati mereka

e) Sentiasa mendoakan kesejahteraan hidup mereka di dunia dan di akhirat

5. Antara kelebihan berbuat baik terhadap ibubapa termasuklah:

a) Memperolehi keberkatan hidup di dunia

b) Dipandang mulia oleh masyarakat

c) Mendapat balasan baik pada hari akhirat

6. Balasan terhadap anak-anak yang menderhaka terhadap ibubapanya:

a) Mengalami kesusahan hidup yang berterusan

b) Sukar memperolehi rezeki

c) Dibenci oleh masyarakat

MENUNAIKAN KEBAIKAN

1. Luqman Al-Hakim menasihati anaknya supaya menunaikan solat, melakukan kebaikan, dan mencegah kemungkaran.

2. Mendirikan solat merupakan suatu kewajipan yang ditetapkan oleh syarak kepada setiap orang Islam yang baligh dan cukup syarat-syaratnya.

3. Ibadat solat diwajibkan kepada setiap umat Islam untuk menunjukkan ketaatan dan ketakwaan mereka kepada Allah S.W.T.

4. Luqman Al-Hakim menasihati anaknya supaya mengerjakan solat. Hal ini kerana;

a) Ibadat solat merupakan tiang agama dan wajib dikerjakan untuk membuktikan bahawa seseorang itu benar-benar Muslim atau sebaliknya

b) Untuk membuktikan keimanan dan ketakwaan kepada Allah S.W.T.

c) Menunjukkan ketaatan dan kepatuhan kepada perintah Allah s.w.t.

d) Ibadat solat adalah ibadat yang mempunyai beberapa keistimewaan dan dapat mempengaruhi kehidupan seseorang bagi mencapai keselamatan hidup di dunia dan di akhirat

5. Ibadat solat yang dilakukan dengan sempurna mempunyai beberaqpa hikmat seperti;

a) Memberi ketenangan pada jiwa dan perasaan

b) Mencegah diri daripada melakukan perbuatan maksiat

c) Melahirkan individu yang berakhlak mulia

d) Member petunjuk pada jalan kebenaran

e) Membentuk diri berdisiplin dan berperaturan

6. Bersyukur dan berterima kasih juga merupakan amalan kebaikan yang harus diamalkan dalam kehidupan harian. Antara kepentingan bersyukur dan berterima kasih termasuklah;

a) Mewujudkan suasana yang harmoni dalam masyarakat

b) Mengenang jasa dan kebaikan yang dilakukan oleh seseorang

c) Mendorong seseorang melakukan perkara kebaikan terhadap orang lain

d) Mewujudkan hubungan baik sesamaq manusia

TEGAHAN BERSIFAT SOMBONG

1. Akhlak yang mulia sangat penting untuk diamalkan kerana hal ini melambangkan keperibadian Muslim yang sejati.

2. Luqman Al-Hakim menasihati anaknya supaya mengamalkan akhlak yang mulia seperti;

a) Tidak bersikap takbur, sombong dan angkuh sesama manusia

b) Ketika bercakap, hendaklah memandang kea rah mukanya dengan perasaan tenang dan gembira

c) Berjalan dalam keadaan sopan dan tawaduk

d) Tidak meninggikan suara semasa bercakap melainkan jika perlu

3. Akhlak dan ketinggian peribadi yang dimiliki oelh umat Islam diharapkan dapat menjadi contoh kepada orang bukan Islam di samping memperlihatkan keindahan ajaran Islam kepada mereka.

4. Setiap orang Islam disuruh mengamalkan akhlak yang mulia dalam kehidupan harian mereka, kerana:

a) Seseorang itu akan dipandang mulia dan dihormati oleh orang lain

b) Bagi mewujudkan masyarakat yang bermoral dan bermaruah

c) Faktor kejayaan sesuatu pembangunan yang dijalankan’

d) Merupakan kekuatan dan ketahanan kepada sesebuah Negara

5. Seseorang yang berakhlak buruk akan dibenci oleh masyarakat, sukar mendapat pertolongan, dipulaukan oleh masyarakat dan tidak mendapat keberkatan hidup

6. Akhlak yang mulia merupakan tonggak kejayaan dan kecemerlangan bagi hidup seseorang. Oleh yang demikian, Allah S.W.T. mengutus Nabi Muhammad S.A.W. supaya memperbetul akhlak masyarakat Arab Jahiliah yang pincang pada ketika itu di samping membimbing manusia ke jalan yang benar.

PELAJARAN 8: MAKANAN YANG BAIK (HADITH)


Maksudnya;

Daripada Abu Hurairah R.A meriwayatkan, katanya Rasulullah S.A.W bersabda: Sesungguhnya Allah itu baik Dia tidak menerima melainkan yang baik. Sesungguhnya Allah memerintah orang mukmin dengan apa yang diperintahkan kepada semua Rasul dengan firman-Nya (Seperti yang tersebut dalam hadis yang bermaksud): Wahai sekalian Rasul! Makanlah makanan yang baik dan beramallah dengan amalan yang soleh. Firman-Nya lagi: Wahai sekalian orang yang beriman makanlah makanan yang baik yang telah kami beri rezeki kepada kamu. Kemudian kamu baginda menyebutkan seorang lelaki yang jauh perjalanan, kusut masai rambutnya dan berdebu mukanya menghulurkan kedua tangannya kelangit (berdoa) Wahai Tuhanku! Wahai Tuhanku! Pada hal makanan haram, minumannya haram dan pakaiannya haram dan (mulutnya) disuapkan dengan yang haram. Maka bagaimanakah akan diperkenankan doanya.

(Riwayat Muslim)

Instisari Hadis;

Dalam Hadis di atas, Rasulullah S.A.W. menyatakan bahawa Allah S.W.T. menerima perkara-perkara yang baik sahaja. Allah S.W.T. memerintahkan para Rasul dan orang beriman supaya makan benda-benda yang halal dan baik yang berupa rezeki kepada merek. Orang Islam dilarang makan benda-benda yang haram kerana mendatangkan akibat buruk kepada mereka. Oleh itu, umat Islam hendaklah menjauhkan diri daripada perkara yang haram dan berusaha memperoleh sesuatu yang halal dan diredai oleh Allah S.W.T.


TUNTUTAN PRIHATIN KEPADA MAKANAN, MINUMAN DAN PAKAIAN



• Makanan, minuman dan pakaian merupakan keperluan khas kepada manusia kerana Islam amat mengambil berat mengenai perkara-perkara tersebut.

• Makanan dan minuman sangat penting kepada kita. Kita dikehendaki mengambil makanan dan minuman daripada bahan-bahan yang mengandungi zat seperti karbohidrat, vitamin dan protein.

• Makanan dan minuman yang mengandungi vitamin sangat penting kerana:

i. Anggota badan dapat membesar dengan baik
ii. Mendatangkan kecerdasan dan kecergasan akal fikiran
iii. Tubuh badan sentiasa sihat, ceria dan bertenaga sepanjang masa
iv. Terhindar daripada dijangkati penyakit

• Orang islam wajib memakai pakaian yang menutup aurat dan berakhlak mulia. Islam tidak menetapkan jenis fesyen pakaian umatnya asalkan pakaian tersebut menutup aurat, kemas, bersih, dan tidak bertentangan dengan syariat Islam.

• Hikmah makan makanan yang baik:

i. Mendapat keberkatan Allah S.W.T.
ii. Membentuk akhlak yang mulia
iii. Tubuh badan sihat dan cergas
iv. Mempunyai daya ketahanan melawan penyakit

HIKMAH MEMILIH MAKANAN DAN MINUMAN YANG BAIK



Makanan dan minuman memberi kesan kepada pembinaan fizikal dan mental seseorang. Oleh itu, kita perlu memilih makanan dan minuman yang berkhasiat.

i. Dapat melaksanakan perintah Allah supaya makan makanan yang baik
ii. Mendatangkan kesan yang baik pada pembinaan fizikal dan mental
iii. Melahirkan individu berakhlak mulia kerana dipengaruhi oleh bahan makanan yang halal dan baik
iv. Tidak mudah dijangkiti penyakit
v. Mendatangkan kecergasan pada minda dan dapat mrnghasilkan idea yang bernas
vi. Anggota badan sentiasa dalam keadaan sihat, bertenaga, serta memiliki daya pemikiran yang kuat.

HIKMAH MENJAUHKAN MAKANAN DAN MINUMAN YANG HARAM



i. Menjaga kesihatan badan
ii. Memelihara kewarasan akal
iii. Menjaga maruah diri
iv. Dimakbulkan doa
v. Mendapat pahala kerana mengikut sunnah
vi. Menjauhkan diri daripada siksa neraka

RUKHSAH MAKAN DAN MINUM YANG HARAM



• Islam mengharamkan umatnya makan makanan yang mendatangkan kemudartan tubuh badan seperti bangkai dan beberapa jenis binatang yang diharamkan

• Islam mengharamkan semua jenis minuman yang memabukkan dan mengkhayalkan sehingga boleh menghilangkan kewarasan akal fikiran seseorang

• Umat Islam diharuskan makan dan minum benda-benda yang haram dalam keadaan tertentu dengan beberapa syarat iaiatu;

i. Tidak terdapat makanan dan minuman yang lain kecuali yang haram sahaja
ii. Makan atau minum sekadar untuk menyelamatkan nyawa
iii. Makan atau minum sekadar yang diperlukan bukanlah untuk kenyang

HIKMAH RUKHSAH MAKAN DAN MINUM YANG HARAM DALAM KEADAAAN DARURAT



• Islam mewajibkan umatnya menjaga nyawa sebagai sesuatu yang berharga
• Islam memberi kelonggaran kepada umat Islam untuk menyelamatkan nyawa
• Melambangkan bahawa ajaran Islam tidak membebankan bahkan memudahkan umatnya dalam melaksanakan sesuatu hukum


PENGAJARAN AYAT



• Umat Islam mestilah perihatin terhadap makanan dan minuman yang halal dan berkhasiat
• Kita wajib menghindari daripada makanan dan minuman yang haram seperti dadah dan arak
• Allah tidak menerima doa hambanya yang mengambil makanan dan minuman yang haram
• Kita wajib memakai pakaian yang menutup aurat, bersih dan sesuai.

PELAJARAN 9 : PERPADUAN TERAS KEMAJUAN

Maksudnya;

Abu Hurairah R.A berkata Rasulullah S.A.W. telah bersabda: Janganlah kamu dengki-mendengki, jangan tipu-menipu, jangan benci-membenci, jangan berpaling muka dan jangan berjual beli di atas jualan orang lain. Dan jadilah kamu hamba Allah yang bersaudara. Orang Islam dengan orang islam adalah bersaudara. Mereka tidak boleh menzalimi , tidak boleh membiarkan dalam kehinaan, tidak boleh membohonginya dan menghinanya sesama Islam. Takwa itu disini, kata Nabi S.A.W. sambil menunjukkan kedadanya tiga kali. Memadai seseorang itu dianggap jahat apabila dia menghina saudaranya. Setiap orang Islam ke atas orang Islam lain haram darah, harta dan kehormatan.

(Riwayat Muslim)

OBJEKTIF

· Membaca dan memahami maksud hadis

· Menjelaskan sifat-sifat umat Islam yang menghalang kemajuan

· Menerangkan sebab umat Islam haram bersifat hasad, menipu dan berdusta, membenci dan memulau antara umat Islam

· Menerangkan mengapa umat Islam wajib menjauhi sifat hasad, menipu dan berdusta, membenci dan memulau antara umat Islam

· Menjelaskan cara memupuk perpaduan sesama Islam

Intisari ayat

Dalam hadis di atas, rasulullah S.A.W. melarang beberapa sikap yang boleh membawa permusuhan dan perpecahan dalam kalangan umat Islam. Sikap tersebut ialah dengki, menipu, benci membenci, bermusuhan, menjual atas barangan orang lain dan menghina sesame Islam. Adalah haram bagi seseorang Islam menjatuhkan maruah dan kehormatan saudaranya kerana perbuatan tersebut membawa keburukan kepada individu dan masyarakat islam seterusnya

FAKTOR PERPECAHAN

A. Dengki

· Dengki adalah perasaan tidak puas hati, sakit hati, serta iri hati dengan nikmat atau kelebihan yang dimiliki oelh orang lain

· Berusaha melakukan sesuatu supaya nikmat tersebut musnah dan berpindah milik kepadanya

· Suatu sifat tercela yang boleh menyebabkan terputusnya persahabatan dan persaudaraan

B. Menipu

· Perbuatan atau percakapan yang tidak jujur berkaitan dengan muamalat yang dijalankan

· Perbuatan tersebut dilakukan bertujuan untuk menyusahkan orang lain

· Orang yang melakukan perbuatan menipu bersikap mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan kesusahan orang lain

C. Benci-membenci

· Iiatu perasaan marah, geram, sakit hati, dan tidak puas hati terhadap orang lain

· Keadaan tersebut wujud daripada sikap sombong, ego, dan angkuh yang ada pada diri seseorang

· Sanggup melakukan apa saja terhadap orang lain kerana didorong oleh perasaan benci

D. Berpaling Muka

· Berpaling muka ialah tidak bertegur sapa dan tidak menghiraukan orang lain

· Seseorang berasakan dirinya lebih baik daripada orang lain

· Sifat tersebut lahir daripada sifat ego, angkuh, sombong, dan bangga diri

E. Jual Beli di Atas Jualan Orang Lain

· Jual beli di atas jualanorang lain bermaksud membatalkan jualan atau belian orang lain untuk kepentingan diri

· Jual beli cara ini mengambil kesempatan dengan menawarkan harga yang lebih murah kepada pembeli yang sedang berurusan dengan penjual yang lain

AKIBAT MENGINGKARI LARANGAN HADIS

1. Terhadap Diri Sendiri

a) Akan dibenci oleh masyarakat

b) Putus hubungan persaudaraan dan persahabatan

c) Sukar mendapat bantuan dan pertolongan daripada orang lain

d) Melahirkan individu yang bersifat mementingkan diri sendiri dan mengamalkan sikap mazmumah

2. Terhadap Masyarakat

a) Masyarakat akan huru-hara dan berpecah belah

b) Berlaku pergaduhan dan pemusuhan dalam kalangan orang Islam

c) Wujud masyarakat yang berpuak-puak dan mementingkan diri sendiri

d) Perpaduan dan permuafakatan sukar diwujudkan

e) Masyarakat islam aakn menjadi lemah dan member peluang kepada anasir-anasir jahat untuk memecahbelahkan orang islam

f) Masyarakat tidak akan maju dan Berjaya

PERPADUAN TERAS KEJAYAAN

1. Kepentingan Perpaduan Terhadap Umat Islam

a) Sebagai tonggak kekuatan umat Islam kerana tanpa perpaduan, umat islam akan lemah dan hancur

b) Sebagai factor kemajuan umat Islam. Umat Islam akan menjadi maju sekiranya mereka berkongsi tenaga, ilmu dan kemahiran bagi mencapai tujuan tersebut

c) Untuk meningkatkan syiar Islam dalam kalangan masyarakat. Sekiranya umat Islam tidak bersatu padu, sebarang kegiatan dan usaha untuk berdakwah tidak dapat dilaksanakan dengan baik

d) Melahirkan masyarakat yang berkerjasama dan bermuafakat dalam mengendalikan sesutau perkara

e) Umat Islam tidak mudah dikuasai oelh pihak yang tidak bertanggungjawab

2. Semangat Perpaduan dalam sebuah negara dapat diwujudkan melalui beberapa cara, contohnya:

a) Menerapkan nilai-nilai murni kedalam jiwa umat Islam seperti pengamalan sikap tolong-menolong, toleransi, kerjasama, hormat-menghormati dan sebagainya.

b) Member kesedaran kepada semua rakyat tentang kebaikan sikap bersatu padu dalam melaksanakan sesuatu perkara

c) Menyedarkan anggota masyarakat tentang kesan buruk yang akan diterima sekiranya mereka bersikap mementingkan diri sendiri

d) Member pemahaman kepada masyarakat bahawa semangat perpaduan sangat penting untuk memajukan agama, masyarakat dan Negara.

3. Kesan negatif yang akan timbul sekiranya masyarakat tidak mengamalkan sikap bersatu padu

a) Lahir masyarakat yang bersikap memntingkan diri sendiri

b) Masyarakat mundur kerana tiada kerjasama daripada anggota

c) Ikatan persaudaraan dalam kalangan umat islam tidak wujud

d) Masyarakat akan berada dalam keadaan yang tidak aman, berpecah-belah dan saling bermusuhan.

PENGAJARAN HADIS

· Semua umat Islam adalah bersaudara

· Perpaduan sangat penting kepada kestabilan bangsa dan Negara

· Mengekalkan perpaduan adalah tanggungjawab semua rakyat

· Sifat dengki-mendengki dan pulau-memulau akan menghancurkan Ukhwah Islamiyah

1 comment: