PELAJARAN 1 : HIDAYAH SUMBER KEBAHAGIAAN
AYAT KEFAHAMAN (Surah 'Al-Imran 8:3)
Maksudnya: (mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; Kerana Sesungguhnya Engkau-lah Maha pemberi (kurnia)".
PENGERTIAN HIDAYAH DAN RAHMAT
Dari segi:~
Bahasa : Petunjuk
Istilah : Petunjuk Allah ke arah kebenaran
Dari segi:~
Bahasa : Belas kasihan
Istilah : Segala kebaikan yang Allah kurniaan kepada manusia
CARA-CARA MEMPEROLEH DAN MENGEKALKAN HIDAYAH
1- Mensyukuri nikmat Allah
2- Yakin kepada kebenaran akidah
3- Berakhlak mulia dalam kehidupan
4- Bersungguh-sungguh menimba ilmu
5- Berdoa memohon pertolongan Allah
6- Memelihara hubungan baik antara makhluk
7- Melaksanakan tanggungjawab amar makruf dan nahi mungkar
8- Mempertingkatkan ibadah seperti solat dan membaca al-Quran
KELEBIHAN MENDAPAT HIDAYAH
1- Sentiasa mentaati Allah sehingga mendapat keredhaan dan kebahagiaan hidup
CIRI-CIRI ORANG YANG MENDAPATKAN HIDAYAH
1- Tabah dan sabar menghadapi cabaran hidup
2- Berfikiran terbuka dan berpandangan jauh
3- Senang menerima kebenaran
4- Hidup dalam keadaan tenang dan gembira
5- Mudah melakukan kebaikan
AKIBAT TIDAK MENDAPAT HIDAYAH
1- Mudah kecewa apabila menghadapi kegagalan
2- Berfikiran sempit dan bertindak melulu
3- Susah menerima kebenaran
4- Hidup dalam keadaan keluh kesah
5- Sukar melakukan kebaikan
PERKARA YANG MENGHALANG HIDAYAH ALLAH
1- Meninggalkan ibadah-ibadah wajib seperti solat 5 waktu dan puasa Ramadhan
2- Melakukan maksiat seperti minum arak dan berjudi
3- Memiliki sifat-sifat mazmumah seperti takbur, tamak, riak, sum'ah dan 'ujub
4- Tidak menghormati ibu bapa dan guru
PENGAJARAN AYAT
- Hidayah Allah ialah kurniaan Allah s.w.t kepada hamba-hambaNya
- Pintu hidayah dan rahmat Allah s.w.t sentiasa terbuka luas kepada orang yang berusaha dan bersedia menerima kebenaran
- Doa ialah senjata penting umat Islam untuk memperoleh hidayah Allah
- Orang yang tidak mendapat hidayah Allah s.w.t, hidupnya tidak akan bahagia didunia dan akhirat
- Dosa boleh menghalang hidayah Allah
PELAJARAN 2 : ILMU PENYULUH KEHIDUPAN
AYAT KEFAHAMAN (Surah Al-Imran 18:3)
PENGERTIAN ILMU
Dari segi:~
Bahasa: Pengetahuan
Istilah : Pengetahuan sebenar terhadap sesuatu perkara
MARTABAT DAN KELEBIHAN ORANG YANG BERILMU
- Allah mengiktiraf dan memuliakan orang yang berilmu
- Orang yang berilmu dihormati masyarakat
PERANAN ILMU DALAM KEHIDUPAN
Peranan ilmu kepada individu
- Dapat menyedarkan kita tentang KeEsaan, kekuatan dan kebijaksanaan Allah s.w.t melalui ciptaanNya yang unik dan menarik
- Dapat melaksanakan ibadah kepada Allah s.w.t seperti solat dan puasa bertepatan dengan syarak
- Dapat menguasai kemahiran dalam pelbagai bidang seperti perubatan, arkitek dan kejuruteraan
Peranan ilmu kepada masyarakat
- Melahirkan masyarakat yang bertanggungjawab dan perihatin
- Memudahkan interaksi dalam kehidupan
Peranan ilmu kepada negara
- Membina kemajuan negara
- Disegani dan dihormati oleh dunia luar
PENGAJARAN AYAT
Ilmu pengetahuan amat penting kepada setiap individu muslim untuk mengenal Allah s.w.t
- Kewajipan menuntut ilmu berterusan sepanjang hayat
- Masyarakat dapat mencapai kemakmuran hidup di dunia dan di akhirat dengan menguasai ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah
- Masyarakat bukan Islam memandang tinggi kepada umat Islam yang berilmu
PELAJARAN 3 : MENGINSAFI KEKUASAAN ALLAH S.W.T
AYAT KEFAHAMAN (Surah Al-Imran 26:3)
Maksudnya: "Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan, Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau memuliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu."
ALLAH S.W.T MAHA KUASA
"Kuasa Pemerintahan" bermaksud: Kerajaan
Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan: Yang memiliki Kekuasaan sepenuhnya
ALLAH PENENTU KEMULIAAN
SEBAB-SEBAB KEMULIAAN
Antara sebab-sebab kemuliaan:
- Beriman dan bertaqwa kepada Allah s.w.t
- Berdoa dan bertawakal disamping berusaha
- Berbuat baik sesama manusia
- Berusaha bersungguh-sungguh ke arah kebaikan
Antara sebab-sebab kehinaan:
- Tidak melaksanakan perintah Allah s.w.t
- Melanggar larangan Allah s.w.t
- Tidak menjaga hubungan baik sesama manusia
- Malas berusaha dan tidak mahu berubah
CARA-CARA MENGHARGAI NIKMAT
- Kita perlu menggunakan nikmat Allah s.w.t untuk menyara kehidupan, melakukan kebajikan dan berusaha memajukan diri, masyarakat dan negara
- Kita hendaklah menjadi muslim yang berwawasan dan bijak mengimbangi tuntutan hidup di dunia dan di akhirat
Antara akibat tidak menghargai nikmat Allah adalah:
Kepada individu:
- Kehidupan menjadi sia-sia
- Menjadi makhluk perosak yang dibenci Allah
Kepada masyarakat dan negara:
- Kehidupan masyarakat porak-peranda
- Negara akan hancur dan musnah
Kepada alam sekitar:
- Pencemaran yang berlaku akan membahayakan kesihatan
- Alam akan binasa
PENGAJARAN AYAT
- Menginsafi bahawa Allah s.w.t berkuasa ke atas semua makhluk di alam ini
- Menghargai nikmat yang dikurniakan Allah s.w.t dengan menggunakannya di jalan kebaikan
- Menghindari sikap takbur dan sombong dengan kuasa yang diberikan Allah s.w.t keran kuasa itu hanyalah pinjaman dan sementara sahaja
- Berusaha untuk membangunkan diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara ke arah kemuliaan dan kecemerlangan
PELAJARAN 4: MENGHARGAI SUNNAH ALLAH
AYAT KEFAHAMAN (Surah Al-Imran 27: 3)
PROSES KEJADIAN MALAM DAN SIANG
- Semua kejadian alam mengikut sunnah Allah iaitu cara dan peraturan yang ditetapkan oleh Allah s.w.t
- Malam dan siang berlaku disebabkan fenomena bumi yang berputar di atas paksinya.
- Bumi mengambil masa selama 24 jam untuk membuat sekali putaran.
- Ketika berputar, kawasan yang disinari matahari menjadi siang manakala yang tidak mendapat cahaya matahari menjadi malam
HIKMAH KEJADIAN SIANG DAN MALAM
- Bekerja mencari rezeki
- Menjalani aktiviti kemasyarakatan
- Berjuang membina tamadun dan negara
- Berehat daripada kepenatan bekerja
- Aktiviti bersama keluarga
- Qiamullail
PROSES KEJADIAN MANUSIA
- Nutfah (air mani) => Sperma + Ovum
- 'Alaqah (segumpal darah) => Zigot
- Mudhghah (seketul daging) => Embrio
- 'idzam (tulang)
- Tulang yang dibalut dengan daging => Fetus
- Lembaga yang lengkap dan ditiup roh
DUNIA JAMBATAN KE AKHIRAT
- Allah menjadikan akhirat pasangan dunia seperti malam dan siang
- Kehidupan manusia tidak terhenti di dunia kerana manusia akan di hidupkan kembali di akhirat setelah mati
- Manusia yang berjaya di akhirat ialah mereka yang semasa hidup di dunia:
- Bijak menghargai nikmat Allah, mengisi masa hidup dengan beramal salih
- Berbuat baik sesama insan
- Memberi sumbangan ke arah kemajuan dan tamadun negara
PEMBERIAN ALLAH AMAT LUAS
- Semua makhluk mendapat rezeki daripada Allah s.w.t.
- Manusia mesti ingat bahawa tiada sesiapa pun yang dapat mengetahui kadar rezeki, umur dan masa depannya.
- Sebagai hamba Allah, manusia mestilah berusaha mendapatkan rezeki, memelihara diri daripada kebinasaan dan berusaha mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat.
PENGAJARAN AYAT
- Semua makhluk di alam semesta terikat dengan sunnah Allah
- Kejadian manusia, siang dan malam menjadi bukti kekuasaan Allah s.w.t
- Setiap manusia telah dijamin rezekinya oleh Allah s.w.t dan mereka mesti berusaha mendapatkannya
- Matlamat kehidupan manusia di dunia ialah untuk mendapat kesejahteraan di dunia dan kebahagian di akhirat
AYAT KEFAHAMAN (Surah Al-Imran 103:3)
Maksudnya: "Dan berpeganglah kamu semua dengan tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai-berai, dan ingatlah nikmat Allah kepadamu ketika kamu bermusuh-musuhan semasa jahiliah dahulu, lalu Allah menyatukan di antara hati-hati kamu, lalu dengan nikmat Allah itu kamu menjadi orang Islam yang bersaudara, dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah telah menyelamatkan kamu daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan tanda-tanda kebesarannya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk".
OBJEKTIF PENGAJARAN
Pelajar dapat:
1- Menyatakan pengertian dan konsep perpaduan
2- Menyenaraikan hak-hak persaudaraan menurut Islam
3- Menjelaskan cara mengukuhkan perpaduan dan persaudaraan
4- Menyatakan keburukan perpecahan
5- Menyenaraikan pengajaran ayat
PENGERTIAN DAN KONSEP PERPADUAN
- Perpaduan dan persaudaraan dalam Islam merupakan satu tuntutan agama yang wajib dihayati oleh setiap muslim
- Melalui perpaduan, umat Islam akan menjadi umat yang kuat, digeruni, maju dan cemerlang dalam segenap aspek kehidupan.
- Perpecahan akan mengundang kelemahan serta kehinaan
-Perpaduan dalam Islam juga tidak terhad sesama Islam sahaja, bahkan mereka hendaklah menjalin hubungan baik dengan bukan Islam yang hidup di sekitar mereka.
HAK DAN CIRI-CIRI PERSAUDARAAN MENURUT ISLAM:
-Berkenal-kenalan dan beramah mesra
(Bermanis muka, mengucapkan salam, mengambirakan hati saudaranya dan bertanya khabar)
- Bersangka baik
(Bersangka baik terhadap saudaranya dan jangan berfikir negatif atau bersangka buruk)
- Pemaaf
(Memaafkan kesilapan yang dilakukan oleh saudaranya di samping berusaha teguran dan nasihat dengan cara yang berhikmah)
- Ikhlas
(Sering mendoakan kesejahteraan walaupun berjauhan dan sentiasa mengutamakan saudaranya dalam pelbagai perkara)
- Menyumbangkan tenaga
(Memberi bantuan tenaga apabila diperlukan, contohnya membawa saudarnya ke hospital apabila mereka sakit)
- Memelihara lidah
(Tidak menyebarkan keburukan atau mengumpat keaiban saudaranya dan mengungkit-ungkit kebaikan yang dilakukan)
- Menderma harta
(Membantu saudaranya dalam kehidupan seperti bersedekah, tidak kedekut apabila mereka meminta bantuan kewangan.
CARA MENGUKUHKAN PERSAUDARAAN
Individu;
-Bersangka baik terhadap orang lain
-Memberi hadiah dan ucapan penghargaan atas kebaikan mereka
-Bertanya khabar dengan menghantar surat atau emel
-Menjauhkan diri daripada budaya fitnah atau mengumpat
Masyarakat;
-Bekerjasama dan bantu-membantu dalam urusan hidup seperti kenduri kahwin
-Prihatin masalah jiran tetangga
-Mengamalkan budaya ziarah menziarahi
-Bersama-sama mengimarahkan masjid
-Melakukan aktviti riadah bersama-sama
KEBURUKAN PERPECAHAN
i) Umat Islam bercakaran dan bertelagah sesama sendiri
ii) Umat Islam menjadi lemah dan tidak dihormati
iii)Musuh akan mengambil kesempatan untuk menindas dan menzalimi umat Islam
iv) Kemunduran akan terus membelengu kehidupan umat Islam dan menjejaskan pembangunan negara
PENGAJARAN AYAT
1) Islam ialah agama persaudaraan dan perpaduan
2) Akidah ialah asas perpaduan Islam tanpa mengira perbezaan kaum, bangsa, pangkat dan keturunan
3) Perpecahan dan permusuhan merugikan masyarakat, bangsa dan negara
4) Perpaduan yang kukuh pemangkin kepada kecemerlangan dan kegemilangan negara serta tamadun Islam
5) Setiap umat Islam hendaklah mensyukuri nikmat persaudaraan dan berusaha memeliharanya
AYAT KEFAHAMAN (Surah Al-Imran 110:3)
Maksudnya: "Kamu ialah umat terbaik yang dilahirkan untuk menusia, kamu menyuruh kepada ma'ruf dan mencegah daripada yang mungkar dan kamu pula beriman kepada Allah. Sekiranya ahli kitab itu beriman, tentulah ia lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka adalah orang yang fasiq".
OBJEKTIF PENGAJARAN
Pelajar dapat:
1- Menerangkan konsep dakwah dan hubungannya dengan khair al-ummah
2- Menerangkan cara-cara dakwah yang berkesan
3- Membezakan ciri-ciri orang beriman dan orang fasiq
4- Menyenaraikan peranan pendakwah dalam masyarakat
5- Menyenaraikan pengajaran ayat
KONSEP DAKWAH DAN HUBUNGANNYA DENGAN KHAIR AL-UMMAH
- Dari segi bahasa berasal dari perkataan .... yang bererti seru atau ajak. Dari segi istilah pula dakwah bermaksud menyeru atau mengajak manusia beriman dan beribadah kepada Allah SWT dengan melakukan sesuatu yang disuruh serta meninggalkan perkara yang dilarang
- Dakwah ialah satu usaha atau perjuangan yang murni untuk menegakkan agama Allah, contohnya mengubah sesuatu keadaan yang tidak mempunyai nilai-nilai Islam kepada nilai-nilai Islam
- Berdakwah merupakan semulia-mulia tanggungjawab kerana ia merupakan pekerjaan para nabi dan rasul iaitu menyampaikan risalah Islam
- Tugas pendakwah ialah melakukan amar ma'ruf dan nahi mungkar yang bermaksud menyuruh kepada kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran. Sekiranya tidak ada golongan yang melaksanakan tugas ini, maka semua umat Islam akan berdosa, menyebabkan kemurkaan Allah dan mengundang kemusnahan masyarakat serta negara.
- Umat yang berdakwah ialah khair al-Ummah atau sebaik-baik umat kerana mereka beriman kepada Allah, menyeru kepada kebaikan, mencegah kemungkaran dan memberi motivasi kepada umat Islam untuk membina kecemerlangan hidup.
CARA-CARA BERDAKWAH
sadadad
1) Hikmah atau bijaksana
Pendakwah hendaklah berhikmah atau bijaksana dalam sebarang percakapan dan tindakan sesuai dengan kumpulan yang didakwahkan dan selaras dengan syariat.
2)Pengajaran yang baik
Setiap pendakawah mestilah memberi pengajaran yang baik di samping menjadi contoh kepada orang lain.
3)Perdebatan dan perbahasan yang berkesan
Perdebatan yang berkesan adalah dengan memberi hujah dan keterangan-keterangan yang jelas untuk menegakkan kebenaran
CIRI-CIRI ORANG MUKMIN DAN ORANG FASIQ
Ciri-ciri mukmin
1- Mempunyai akidah yang mantap dan keyakinan yang tinggi terhadap Allah SWT
2- Kuat beribadah dan sentiasa menjaga hubungan dengan Allah SWT
3- Berilmu pengetahuan dalam dua bidang ilmu iaitu fardhu ain dan fardhu kifayah
4- Berakhlak mulia seperti lemah lembut, bersikap terbuka, toleransi, dan sabar serta tabah
5- Sanggup berkorban masa, tenaga, harta dan jiwa di jalan Allah SWT
6- Mempunyai hubungan baik dengan masyarakat sekeliling
Ciri-ciri fasiq
1- Sering melakukan maksiat kepada Allah SWT
2- Tidak melakukan ibadah fardhu dengan sempurna
3- Tidak mentaati perintah Allah
4- Tidak memiliki ilmu pengetahuan Islam yang sempurna (jahil)
5- Ragu-ragu dan kurang yakin kepada janji Allah
6- Suka bertindak mengikut dorongan hawa nafsu semata-mata
7- Mementingkan kehidupan dunia dan lupa kepada akhirat
PERANAN PENDAKWAH DALAM MASYARAKAT
- Menyeru manusia melakukan kebaikan dan meninggalkan kemungkaran
- Menyampaikan ajaran Islam yang sebenar kepada masyarakat
- Memelihara masyarakat daripada melakukan perbuatan bid'ah dan syirik
- Mengajak masyarakat mempertingkatkan kualiti beragama supaya benar-benar menjadi hamba Allah yang beriman dan beramal soleh
- Membimbing masyarakat menjadi umat yang maju, cemerlang dan dihormati oleh orang bukan Islam
PENGAJARAN AYAT
1) Dakwah ialah tanggungjawab bersama setiap umat Islam
2) Umat Islam ialah umat terbaik sekiranya mereka menunaikan tanggungjawab amar ma'ruf dan nahi mungkar
3) Dakwah memerlukan pendekatan yang sesuai dengan strategi yang terancang, penuh hikmah dan bijaksana
4) Masyarakat yang melaksanakan tuntutan dakwah akan hidup dalam suasana tenteram dan harmoni
5) Umat Islam adalah peneraju kemajuan pembina tamadun
AYAT KEFAHAMAN (surah Al-Imran 133-136:3)
Maksudnya: "Dan bersegeralah kamu kepada keampunan daripada tuhanmu, dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang yang bertakwa.Iaitu orang yang menafkahkan hartanya pada masa senang dan susah, dan yang sanggup menahan marahnya, dan orang orang yang memaafkan kesalahan orang lain. Allah menyukai orang yang berbuat kebaikan. Dan (juga) orang yang apabila melakukan perkara keji atau menganiayai dirinya sendiri, mereka ingat kepada Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa mereka. Siapa lagi yang mengampuni dosa selain Allah? dan mereka tidak terus mengulangi perbuatan yang buruk itu, sedang mereka mengatahui. Orang yang demikian sifatnya, balasannya ialah keampunan daripada tuhan mereka, dan syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai. Mereka kekal di dalamnya dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan untuk orang yang beramal".
OBJEKTIF PENGAJARAN
Pelajar dapat:
1- Menyenaraikan sifat orang bertakwa berdasarkan ayat
2- Menghuraikan cara-cara bertaubat dan beristigfar
3- Menghuraikan kelebihan memberi kemaafan dan balasan terhadap orang yang mendapat keampunan Allah
4- Menyenaraikan pengajaran ayat
SIFAT ORANG YANG BERTAKWA
1-Membelanjakan harta di jalan Allah
Orang yang bertakwa mudah membelanjakan harta untuk kebaikan diri dan orang lain sama ada ketika senang atau susah.
2- Mengawal diri ketika marah
Orang bertakwa tidak bertindak melulu apabila berhadapan dengan ujian, kejayaan atau tentangan.Sebaliknya mereka menghadapi suasana yang tegang dan tidak terkawal dengan tenang dan sabar.
3- Memaafkan kesalahan orang lain
Mereka berlapang dada walaupun ada orang melakukan kesalahan terhadap mereka.Sejarah telah merakamkan ramai orang memeluk Islam kerana tertarik dengan sifat halim iaitu lemah-lembut yang ditunjukkan oleh rasulullah SAW
4- Segera bertaubat apabila melakukan dosa
Orang bertakwa segera menginsafi diri apabila mereka terlanjur melakukan perkara mungkar seperti mencuri, merosakkan harta awam dan melihat perkara yang di haramkan, atau menzalimi diri sendiri seperti menghisap rokok, minum arak, mengambil dadah dan melepak.
CARA-CARA BERTAUBAT DAN BERISTIGFAR
Islam telah mengariskan cara bertaubat seperti berikut:
1) Niat
- Menyesal atas perbuatan yang dilakukan
- Berazam tidak akan mengulangi dosa yang dilakukan
2) Ucapan
- Beristigfar dengan menyebut istigfar Allah al-'azim
- Memohon maaf atas kesalahan terhadap manusia
3) Tindakan
- Meninggalkan perbuatan dosa yang pernah dilakukan
- Meninggalkan hak orang lain yang diambil seperti harta yang dicuri, dirampas
- Meningkatkan amalan soleh dan kebajikan
KESAN DAN GANJARAN ORANG YANG BERTAUBAT
Taubat memberi kesan yang baik kepada individu, masyarakat dan negara. Antaranya:
Individu;
- Menikmati ketenagan hidup
- Mendapat kejernihan jiwa
- Bertambah iman dan amalan soleh
- Bertanggungjawab terhadap ilmu, keluarga, bangsa dan negara
Masyarakat;
- Hak masyarakat terpelihara dan terjamin
- Gejala sosial berkurangan
- Terdorong melakukan kebaikan
- Tidak mementingkan diri
Negara;
- Pembangunan negara berjalan dengan lebih pesat
- Pengurusan dan pentadbiran yang tulus, adil, berani, jujur dan amanah
Antara ganjaran yang disediakan oleh Allah SWT kepada orang yang bertaubat ialah:
- Mendapat keampunan dan keredhaan Allah SWT
- Mendapat ganjaran syurga yang penuh dengan nikmat yang berkekalan
- Dimurahkan rezeki dan mendapat pertolongan Allah SWT
- Disayangi dan dihormati oleh masyarakat
PENGAJARAN AYAT
1) Manusia wajib bertaubat atas dosa dan kesalahan yang dilakukan
2) Orang yang bertakwa membelanjakan harta ke arah yang bermanfaat ketika susah atau senang
3) Mengawal diri ketika marah adalah sifat terpuji
4) Sifat pemaaf membentuk peribadi yang tenang dan berketrampilan
5) Mengingati Allah SWT dapat mencetuskan rasa insaf dan bertaubat kepadanya
6) Ganjaran kepada orang yang bertaubat ialah keampunan dan dimasukkan ke syurga yang penuh kenikmatan
AYAT KEFAHAMAN (Surah Al-Imran 159:3)
Maksudnya: "Maka disebabkan rahmat Allah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri daripada sekelilingmu. Oleh itu, maafkanlah mereka, mohonkanlah keampunan bagi mereka, dan bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila kamu membulatkan tekad maka bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang bertawakal kepadanya".
OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Pelajar dapat:
1- Menghuraikan sifat dakwah Rasulullah saw
2- Menjelaskan hikmah tawakal dalam perlaksanaan keputusan bersama
3- Menyenaraikan pengajaran ayat
MENCONTOHI SIFAT DAKWAH RASULULLAH SAW
1- Lemah lembut
Rasulullah saw bersifat lemah lembut dalam pertuturan, pergaulan dan tindakan. Sifat mulia ini menyebabkan ramai orang kafir tertarik kepada Islam. Orang yang berhati keras dan menentang dakwah berubah menjadi seorang yang beriman dan cinta akan Rasulullah saw setelah mengenali peribadi luhur baginda.
2- Pemaaf
Rasulullah saw selalu memaafkan kesalahan yang dilakukan terhadap baginda. Baginda tidak menyimpan perasaan dendam kepada orang yang menghalang dakwahnya. Baginda sentiasa berdoa supaya mereka dikurniakan hidayah menerima Islam.
3- Memohon keampunan untuk orang lain
Rasulullah saw amat prihatin terhadap masa depan umatnya. Dalam peperangan uhud nabi luka di muka dan patah gigi hadapan. Baginda menyapu darah yang meleleh di pipinya sambil berdoa 'Ya Allah! ampunkanlah dosa kaumku sesungguhnya mereka tidak tahu'. Walaupun baginda dalam keadaan kesakitan kerana kecederaan yang parah, baginda masih memohon keampunan untuk umatnya.
4- Mesyuarat
Rasulullah saw selalu bermesyuarat dengan para sahabat baginda ketika membuat keputusan penting yang tidak ada ketetapan daripada al-Quran. Dalam peperangan khandak, Rasulullah saw menerima pandangan Salman al-Farisi yang memberi cadangan supaya menggali parit untuk dijadikan kubu bagi menghadapi serangan tentera al-Ahzab. Baginda sendiri melaksanakan keputusan mensyuarat tersebut bersama para sahabat.
5- Bertawakal dalam pelaksanaan
Dalam peristiwa Badar, walaupun Rasulullah saw dan para sahabat kekurang jumlah tentera dan senjata, mereka sanggup menghadapi tentera musyrikin yang tiga kali ganda lebih besar dan lengkap bersenjata.
HIKMAH TAWAKAL DALAM PELAKSANAAN KEPUTUSAN BERSAMA
1- Sabar menghadapi kesulitan dalam melaksanakan sesuatu keputusan mesyuarat, dan sentiasa berdoa memohon pertolongan Allah.
2- Tenang dan tabah menerima kegagalan tanpa menyalahkan orang lain, sebaliknya mengadakan muhasabah bersama untuk mengetahui kelemahan dalam pelaksanaan.
3- Berusaha untuk meningkatkan prestasi kerja supaya mencapai kejayaan yang lebih cemerlang.
4- Bersifat tawadhuk iaitu merendah diri ketika menerima sesuatu kejayaan.
5- Bersyukur dan menikmati kejayaan bersama.
PENGAJARAN AYAT
1) Sifat pemaaf dan memohon keampunan adalah asas penting dalam menentukan kejayaan dakwah.
2) Mesyuarat dan perbincangan dengan cara yang sistematik amat penting untuk membuat sesuatu keputusan
3) Setiap umat Islam wajib berdakwah mengikut kemampuan masing-masing
4) Tawakal kepada Allah adalah umat Islam.
PENGERTIAN HADIS
Maksudnya: Daripada Abu Said al-Hudri, beliau berkata : aku mendengar Rasulullah saw bersabda: sesiapa di kalangan kamu yang melihat kemungkaran hendaklah dia mengubah dengan tangan, sekiranya dia tidak mampu hendaklah mengubah dengan lidah, sekiranya tidak mampu mengubah dengan lidah hendaklah dia mengubah dengan hati, dan mengubah dengan hati adalah selemah-lemah iman.
OBJEKTIF PENGAJARAN
Pelajar dapat:
1- Menyatakan tanggungjawab setiap mukmin dalam mencegah kemungkaran
2- Menjelaskan cara mencegah kemungkaran dengan tangan, lisan, dan hati
3- Menjelaskan kesan tidak mengikut prinsip yang betul dalam berdakwah
4- Menyenaraikan hikmah tanggungjawab setiap muslim mencegah kemungkaran
5- Menyenaraikan pengajaran hadis
TANGGUNGJAWAB MENCEGAH KEMUNGKARAN
Kemungkaran - ialah setiap perbuatan yang di haramkan oleh syariat Islam sama ada kesalahan terhadap Allah SWT atau kepada manusia dan alam sekitar. Oleh itu, umat Islam wajib mencegah kemungkaran yang berlaku dalam masyarakat.
CARA MENCEGAH KEMUNGKARAN
1- Mencegah dengan tangan
Maksudnya mengubah dengan kuasa yang ada pada seseorang mengikut kemampuan dan bidang kuasa masing-masing. Berdasarkan tanggungjawab masing-masing, setiap orang mestilah mencegah kemungkaran yang berlaku di kalangan orang yang berada di bawah tanggungannya.
2- Mengubah dengan lidah
Sekiranya seseorang itu tidak mampu mengubah dengan kuasanya, dia hendaklah mengubah dengan percakapan atau lisan iaitu dengan memberi nasihat dan bimbingan yang baik.
3- Mengubah dengan hati
Sekiranya tidak mampu mengubah dengan lisan maka hendaklah mengubah dengan hati, iaitu dengan cara membenci kemungkaran tersebut dan menjauhkan diri dari tempat kemungkaran itu.Seseorang hendaklah berazam tidak melakukan perkara mungkar dan berharap agar suatu ketika nanti dapat mencegahnya dengan lisan dan kuasa
KESAN TIDAK MENGIKUT PRINSIP DAKWAH YANG BETUL
1- Sasaran dakwah tidak boleh menerima kebenaran
2- Masyarakat Islam menjadi mundur dan dipandang rendah
3- Nama baik umat Islam tercemar
4- Berlaku penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan
HIKMAH DAN TANGGUNGJAWAB SETIAP MUSLIM MENCEGAH KEMUNGKARAN
Individu;
- menjamin kesejahteraan hidup
- dapat memperbaiki sahsiah dan meningkatkan kualiti diri
Masyarakat;
- melahirkan masyarakat yang prihatin
- melahirkan masyarakat yang berakhlak cemerlang
Negara;
- Kegiatan ekonomi dapat ditingkatkan
- Negara aman dan damai
PENGAJARAN HADIS
1) Mencegah kemungkaran adalah kewajiban setiap individu muslim.
2) Individu yang berilmu dan berkemahiran memberi nasihat dan bimbingan wajib mencegah kemungkaran.
3) Membenci kemungkaran dengan hati adalah selemah-lemah iman.
4) Mencegah kemungkaran faktor utama untuk mengekalkan tamadun yang berasaskan keimanan.
Salam.. Ayat sungguh bagus.. Kebenaran untuk copy boleh x? Terima kasih. ^_^
ReplyDelete