Monday, May 25, 2009

Ayat Kefahaman Tingkatan 1

PELAJARAN 4: SABAR MENGHADAPI UJIAN ALLAH SUBHANAHU WA TAALA


Pelajaran: Kefahaman Al-Quran (Ayat 155-156 surah al-Baqarah)

Tajuk: SABAR MENGHADAPI UJIAN ALLAH SUBHANAHU WA TAALA

Tingkatan: Satu


Objektif : 1. Pelajar dapat menerangkan jenis-jenis ujian Tuhan kepada

HambaNya

2. Dapat menerangkan tujuan Allah menguji manusia

3. Dapat menyenaraikan kelebihan orang yang bersabar


Langkah 1. Induksi set

Setelah bertanya khabar dan berdoa, guru menarik perhatian pelajar dengan soalan-soalan yang ada kaitan dengan tajuk. Guru menayangkan video yang berkaitan dengan ujian-ujian Allah. Contohnya, gambar peperangan, manusia dalam keadaan kelaparan, banjir, kemalangan dan sebagainya: Gambar apa ini? Bagaimana perasaan orang yang ditimpa musibah seperti ini? Dalam keadaan seperti ini apa kita mesti buat? Ya, Islam ajar kita, apabila kita menghadapi kesusahan kita mesti bersabar.

Mengkaitkan gambar dengan tajuk pada hari ini.

Hari ini kita akan membaca ayat-ayat Al-Quran yang mencerita tentang jenis-jenis musibah sebagai ujian Tuhan kepada kita dan menggalakkan kita supaya bersabar.


Langkah 2. Membaca ayat Al-Quran

Guru paparkan ayat di hadapan kelas, sama ada dengan tulisan di papan tulis, carta, LCD, tranparensi dan sebagainya. Guru ambil perhatian murid supaya mendengar bacaan guru. Guru membaca ayat dengan cermat, baik, betul dan fasih. Kemudian, guru minta murid membaca secara perseorangan (bilangan murid bergantung kepada masa). Guru betulkan bacaan yang salah jika ada.


Langkah 3. Perbincangan maksud ayat

Guru beri makna ayat atau guru minta murid membaca makna yang ada dalam buku teks atau makna yang ditulis oleh guru dalam carta. Berdasarkan kepada makna ayat itu guru beri soalan. Contohnya: Apakah yang dijelaskan oleh ayat ini? Apakah jenis ujian Allah kepada manusia seperti yang tersebut dalam ayat ini. Ada tak ujian selain daripada ini? Sebutkan. Guru ulaskan semua jenis-jenis ujian itu. Kemudian guru bertanya: Kenapakah kita diuji dengan musibah seperti itu. Guru ulaskan jawapan murid. Guru bertanya lagi. Apa kita harus buat apabila kita diuji dengan musibah seperti yang tersebut itu? Ya, kita mesti bersabar, kerana bersabar itu banyak faedahnya.

Guru terus berbincang dengan kelas tentang cara bersabar sehingga pelajar faham apa maksud bersabar dan bagaimana tindakan orang yang bersabar berbanding dengan orang yang tidak bersabar.


Langkah 4. Permainan di dalam kelas

Guru membuat satu kotak kecil yang di dalamnya terdapat jenis-jenis ujian. Kotak ini guru namakan sebagai 'WADAH ILMUAN' dan kotak akan bergerak dikalangan pelajar dalam masa yang sama guru memilih secara rawak pada siapa kotak itu berhenti dan murid akan membaca jenis ujian dan memberika penjelasan berserta contoh mengenainya serta menulis jenis ujian tersebut di papan putih.


Langkah 5. Perbincangan dalam kumpulan

Murid dipencahkan dalam beberapa kumpulan. Tajuk yang akan dibincangkan ialah; Apakah hikmah bersabar?. Jika guru mempunyai tajuk lebih daripada satu boleh dibincangkan tajuk yang berlainan bagi tiap-tiap kumpulan. Guru nasihatkan supaya setiap kumpulan melantik seorang pengerusi untuk mengandalikan perbincangan dan seorang jurutulis. Pesankan bahawa di akhir pelajaran setiap kumpulan akan membentangkan hasil perbincangannya.

Setelah cukup masa, guru minta setiap kumpulan menghantar wakil ke depan kelas untuk membentangkan hasilnya. Kalau boleh dilekatkan di papan tulis. Setelah semua kumpulan selesai membentangkan hasil, guru ajak pelajar melihat jika ada yang sama. Kemudian guru buat rumusan bahawa hikmat bersabar itu ialah………

Lebih baik guru tulis dengan ringkas di papan tulis dan minta pelajar menyalinnya sebagai nota. Nota inilah yang akan dijawab dalam peperiksaan nanti.


Langkah 6. Penilaian

Guru padam semua catatan yang ada di papan tulis dan guru memberi soalan kepada kelas. Contohnya:

- Sebutkan jenis-jenis ujian yang diberikan Tuhan kepada manusia ?

- Kenapakah Allah ujikan manusia dengan berbagai macam musibah?

- Berikan tiga hikmah bersabar?

- Apa tandanya orang tidak sabar?

- Apa hukumnya orang yang tidak bersabar?


Langkah 7. Penutup


Guru merumuskan isi pelajaran hari ini dan menasihati pelajar supaya berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapat kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Nasihatkan pelajar supaya bersabar apabila ditimpa sesuatu musibah, kerana bersabar itu banyak kelebihannya. Setiap orang akan diuji oleh Allah dan ujian ini tidak sama antara seorang dengan seorang, dan orang yang bersabar itu mendapat pahala dan dikasihi Allah.



Thursday, May 7, 2009

Cara-cara mengajar Ayat-Ayat Kefahaman



Tilawah al-Quran ialah sutu komponen dalam mata pelajaran Pendidikan Islam. Dalam pelajaran ini dipecahkan kepada tiga, iaitu:
  1. Tilawah
  2. Kefahaman
  3. Tahfiz.

Pengajaran Tilawah Al-Quran

Dalam Tilawah penekanan diberikan kepada bacaan Al-Quran secara bertajwid. Maksudnya memperbaiki bacaan Al-Quran pelajar. Dengan demikian, haruslah banyak membincangkan mengenai cara bacaan yang betul. Ini termasuklah sebutan makhraj huruf, sifat huruf, dengung, mad, dan sebagainya. Untuk ini guru mestilah membaca dahulu ayat-ayat yang hendak dipelajari dengan baik, betul, dan fasih. Kemudian diikuti dengan bacaan pelajar beramai-ramai, seterusnya bacaan pelajar secara kumpulan dan perseorangan.

Selepas itu baru bincangkan hukum bacaan. Guru keluarkan hukum-hukum tertentu, misalnya Nun Sakunah bertemu dengan Sin, Nun dan To, bagaimana cara membacanya. Jawapannya; dengung. Maka guru tunjukan bagaimana cara mendengungkan kalimah itu. Kemudian minta pelajar membacanya dan perhatikan dengungnya betul atau tidak, dan harakat dengung cukup atau tidak. Jika tak betul, guru tunjukkan cara yang betul. Begitulah seterusnaya dengan hukum-hukum lain.

Selepas itu bahagikan kelas kepada beberapa kumpulan kecil dan setiap kumpulan membaca ayat-ayat yang telah ditetapkan. Seorang Naqib dilantik untuk membimbing bacaan kawan-kawan. Guru beri tumpuan kepada kumpulan yang lemah, di samping itu guru mengawasi kumpulan-kumpulan lain. Lebih kurang 7 atau 10 minit guru panggil kelas dan beri maksud ayat yang baca dan buat kesimpulan pengajaran ayat.

Pengajaran Kefahaman Al-Quran

Dalam pelajaran Kefahaman Al-Quran penekanan diberikan kepada perbincangan maksud ayat. Guru tidak membincangkan aspek bacaan dan tajwid. Walau pun demikikan guru mesti juga membaca Al-Quran dan diikuti oleh bacaan pelajar secara ramai, kumpulan dan perseorangan. Guru hanyak membetulkan bacaan yang salah tetapi tidak bincangkan. Selepas beberapa orang pelajar membacanya, maka guru beri makna ayat. Selepas itu, guru berbincang besrsama pelajar tentang maksud daripada makna ayat itu. Guru minta pelajar keluarkan isi penting daripada makna ayat. Setiap yang diberi oleh pelajar ditulis di papan tulis sebagai nota. Guru merumuskan pengajaran ayat dan buat penilaian kemahiran berfikir (KBKK), kemudian nasihatkan pelajar supaya mengamalkan apa yang disarankan oleh ayat yang dibaca.

Mungkin ada tajuk-tajuk tertentu boleh dibincangkan dalam kumpulan-kumpulan kecil untuk pengayaan, maka guru buatkan kumpulan dan beri tajuk untuk dibincangkan. Sama ada tajuk yang sama untuk semua kumpulan atau pun tajuk yang berlainan, yang kedua ini lebih diutamakan. Setiap kumpula mesti ada seorang pengerusi dan seorang juru tulis. Selesai masa yang ditetapkan, setiap kumpulan akan menghantar wakil untuk menerang dapatan perbincangannya. Akhirnya guru buat rumusan dan kesimpulan pengajaran yang dapat dipetik daripada ayat. Beri penilaian (KBKK), kemudian menasihatkan pelajar supaya mengikut apa yang disarankan oleh ayat yang dibaca dan dibincangkan.


Perhatian:

Setiap kali mengajar Al-Quran pastikan ada suatu yang baru kepada pelajar. Hubungkaitkan maksud ayat Al-Quran yang dibincang dengan isu semasa, khasnya yang berkaitan dengan pelajar sendiri, seperti akhlak, amalan nilai Islam, menutup aurat dan lain-lain. Walaupun Al-Quran menceritakan kisah Bani Israil, tetapi perangai buruk orang-orang Bani Israil itu tetap ada pada manusia hari ini, termasuklah orang Islam. Dengan ini boleh menjadi pengajaran kepada kita semua, di samping itu pelajar tidak merasa jemu, sesbaliknya berminat untuk belajar Al-Quran, dan dalam masa yang sama pelajar faham bahawa Al-Quran bukan out of date, tetapi ia sentiasa up to date. Seperti kata Syed Naquib al-Attas “Islam is forever modern

Pengajaran Tahfiz Al-Quran

Tidak banyak bezanya pengajaran Tahfiz dengan Tilawah dan kefahaman. Semuanya harus bermula dengan bacaan guru, kerana bacaan guru merupakan bacaan contoh. Dengan demikian guru mesti membaca dengan baik, betul dan fasih sebutan huruf dan kalimahnya, kerana ia akan diikut dan ditiru oleh pelajar. Jika baik dan betul bacaan guru, maka akan baiklah bacaan pelajar. Demikianlah sebaliknya.

Selepas bacaan, guru dan bacaan murid secara berseorangan, dan pembetulan jika ada, maka guru beri makna ayat dan buat kesimpulan pegajaran ayat. Selepas itu guru ceritakan kelebihan ayat berkenaan dan minta pelajar menghafaznya. Sehubungan dengan ini guru haruslah menerangkan cara menghafaz Al-Quran setiap kali bertembung dengan ayat hafazan. (Lihat Panduan Menghafaz Al-Quran dalam tajuk web Hafaz Al-Quran).